Home    Viral Hartanah : #infopemilikrumah

Baru baru ini telah viral tentang infopenyewa, namun begitu pemilik dan penyewa perlu melihat kontrak perjanjian sewa yang telah dipersetujui dan di tandatangani. Kontrak perjanjian sewa yang sah mestilah di matikan setem dan diberikan salinan kepada penyewa supaya mengikut perjanjian.

Seorang tokoh mualamat yang terkenal telah berkongsi di media sosial tentang kandungan gambar untuk info pemilik membetulkan persepsi yang salah sesetengah pihak. Di bawah ini adalah rujukan yang beliau kongsikan. Selamat memahami dan menghadam.

Kandungan dalam gambar ini adalah benar malah ianya juga sah di sisi Islam sekiranya sama-sama telah dipersetujui oleh penyewa dan pemilik hartanah. Islam menjaga hak kedua-dua pihak dan bukan hanya pengguna atau pembeli sahaja, tetapi juga penjual dan pemilik.

Menurut hukum Fiqh Islam, penyewa yang enggan keluar sesudah tamat tempoh adalah dikira ‘ghasb’, iaitu perampasan hak orang lain, dendanya menurut jumhur ulama adalah sama ada :-

1. Mesti membayar harga pasaran sewa sepanjang tempoh duduk rumah atau premis terbaabit tanpa hak, atau

2. membayar sejumlah wang denda (iaitu jika telah dipersetujui dari awal dalam kontrak – ia mungkin 2 kali ganda dari nilai sewa bulanan – ia tetap harus jika sudah dipersetujui di awal kontrak)

Kredit: Dr Zaharuddin Abd Rahman, Hartabumi

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.