Home    Tahun 2015 – Sukar beli rumah?

Salam dan Hai.

Dah lama saya tidak menulis tentang ulasan bajet negara dan juga tentang pembelian rumah yang di anggap sukar pada hari ini. Jika anda mengikuti saya sejak tahun 2012 lagi, saya fikir anda pasti teringat tentang pembelian rumah tanpa modal.

Ya memang boleh beli rumah tanpa modal, namun demikian konsep tanpa modal ini adalah untuk menyarankan anda beli rumah dengan kos yang minima. Rumah pertama tak perlulah nak beli rumah banglo dan sebagainya melainkan jika ada ‘sentimental value’ dan ada nilai hebat.

Saban tahun akan menjadi sukar untuk anda beli rumah jika anda tidak tetapkan simpanan untuk pembelian rumah. Namun ianya bukan alasan untuk beli rumah yang diluar kemampuan. Tetapkan maklamat anda dan jadikan rumah anda aset untuk dapat beli rumah lagi sebagai pelaburan jangka masa panjang atau pendek.

Hari ini banyak skim skim perumahan yang dapat membantu rakyat dalam pemilikan hartanah. Ambil peluang seperti rumah pertamaku, rumah PR1MA, perumahan mampu milik daripada kerajaan negeri dan lain lain.

Buat persaipan yang baik untuk memiliki rumah sebagai contoh dokumen yang diperlukan pihak-pihak urusan seperti surat majikan, surat jawatan, sijik suruhanjaya sekuriti Malaysia (SSM) jika mempunyai perniagaan. Begitu juga dengan penyata kewangan seperti 3 bulan slip gaji, penyata simpanan jika ada dan berikan butiran lengkap tentang pendapatan bersih anda selepas ditolak semua komitmen bulanan.

Dengan cara ini saya rasa kesukaran anda nak beli dapat dikurangkan dan saya berdoa supaya setiap daripada anda berjaya beli rumah tahun 2015 yang bakal tutup ini.

Saufi Karim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.