Home    Kuota hartanah bumiputera dihadkan?

Menurut sumber berita harian kekecohan berlaku yang mengatakan diskaun 10% peratus bumiputera telah di hapuskan adalah merupakan salah faham kata Menteri Besar Selangor. Pihak kerajaan Selangor hanya membuat beberapa perubahan dalam dasar pemilikan hartanah bagi ketiga ketiga jenis hartanah pangsapuri khidmat, Soho dan juga Sovo.

“Datuk Teng Chang Kim (EXCO Selangor) ada menghubungi saya memaklumkan salah faham berkaitan dengan kenyataannya, berhubung garis panduan baharu bagi pembelian hartanah mampu milik di negeri ini.
“Bagi kerajaan negeri, tidak wujud istilah perkauman atau perbezaan agama bagi syarat pemilikan hartanah mampu milik terutama membabitkan isu kemiskinan.
“Ada garis panduan baharu yang telah dipersetujui dan akan diumumkan sendiri oleh EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Samad dan EXCO Pelaburan, Perindustrian IKS dan Perdagangan dan Pengangkutan negeri Datuk Teng Chang Kim,” katanya di sini, hari ini.
Menteri Besar DatukΒ  Seri Mohamed Azmin berkata, tiada sebarang pemansuhan akan dibuat, tetapi akan ada perubahan dalam kuota pemilikan bagi memastikan lebih ramai rakyat yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki hartanah mampu milik yang ditawarkan kerajaan negeri.
Sumber: Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.