Home    Beli rumah gaya Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagaimana?

Baru baru ini ramai yang terkejut dengan berita tentang Ketua Menteri membeli rumah dengan harga yang rendah daripada pasaran. Ingin saya dedahkan bahawa cara ini memang tidak salah untuk pembelian dan penjualan secara individu selagi mana tiada konflik terhadap mana-mana organisasi dan syarikat. Malah cara ini adalah bijak bagi mereka yang bukan hendak mengambil untung tetapi untuk melangsaikan pembiayaan hartanah tersebut.

Sesebuah rumah menjadi aset apabila rumah tersebut dapat memberikan pulangan kepada pemilik aset. Tujuan untuk anda beli rumah mesti jelas sama ada untuk mendiami rumah tersebut atau untuk membuat pelaburan. Lebih baik beli rumah untuk pelaburan dan tidak salah beli rumah yang cantik untuk didiami sebagai pelaburan kehidupan anda.

Baiklah mari kita lihat cara-cara bagaimana nak beli rumah gaya Ketua Menteri Pulau Pinang (Harga di bawah pasaran)?

1# Beli rumah keluarga

Jika keluarga anda mahu menukar hak  milik rumah mereka dengan anda, kemungkinan anda boleh membeli dengan harga yang sangat rendah dan di bawah pasaran. Ini kerana kemungkinan keluarga anda hanya mahu menlangsaikan pembiayaan hartanah mereka. Jadi mudah untuk anda beli dengan harga yang rendah. Cara ini boleh dibuat sebaliknya, iaitu jika anda mahu wang tambahan untuk melabur dengan rumah lain, anda belilah rumah keluarga anda dengan harga pasaran.

2# Rumah lelong 

Rumah lelong memang lagi mudah untuk anda beli dengan harga di bawah pasaran. Namun, anda perlu pastikan yang rumah ini tidak ramai yang berminat dan jika ramai yang mahukan rumah lelong tersebut, kemungkinan harga akan melambung tinggi. Pastikan anda belajar selok belok cara beli rumah lelong supaya anda Berjaya dan tiada kerugian sewaktu membuat lelongan dan selepas berjaya mendapat bidaan yang di mahukan.

#3 Tuan rumah terdesak

Ada juga tuan punya rumah yang terdesak yang memerlukan wang atau perlu melangsaikan hutang mereka. Oleh itu mereka akan cepat membuat keputusan untuk menjual rumah mereka dengan harga yang dibincangkan dan semestinya harga di bawah pasaran. Kadang-kadang mereka ingin menjual cepat kerana mereka hendak berpindah ke tempat lain atau ke Negara lain. Jadi ambil peluang untuk berbincang dengan tuan rumah tersebut.

Jadi, adakah Ketua Menteri Pulau Pinang bijak dalam membeli hartanah pilihan keluarga mereka atau anda lebih bijak?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.