Home    5 T.I.P.S – R.E.N Persediaan apabila buat keputusan nak jadi Perunding Hartanah

Hari ini admin nak share artikel yang best daripada Tuan Ahmad Firdaus Mahmood, dalam FB post dia. Dia adalah seorang Ejen Hartanah Berdaftar dan beliau berikan 5 TIP Real Estate Negotiator ( R. E. N). Berikut adalah artikel beliau.

____

Nak jadi Perunding Hartanah ni perlu ada persediaan dari segi Mental, Emosi, Masa dan Duit

Bukan hari ini dapat listing
Esok iklankan
Lusa boleh jual

5 Perkara yang kita perlu ada adalah :-

1. NIAT

Tanya diri kita. Kenapa kita pilih kerjaya Ejen Hartanah
✍ Adakah sebab DUIT
✍ Adakah sebab kena buang kerja
✍ Adakah sebab ikut kawan2
✍ Adakah sebab tengok posting kawan2 Agent

Semua pun betul. Cuma minta Allah tetapkan hati kita untuk mencari REZEKI yang halal buat keluarga

2. ILMU

Ejen Hartanah kita deal dengan transaksi jual beli rumah yang ratus ribu dan kadang2 cecah juta

Kita juga membantu urusan vendor dan purchase. Jadi kita kena ada knowledge yang lengkap

Knowledge ni boleh kita dapat dari
✍ Training
✍ Bacaan
✍ Pengalaman Sendiri
✍ Pengalaman kawan2

Semua diatas boleh Berikan IMPAK untuk kerjaya Ejen Hartanah

Yang paling penting. Kita kena buat dan bertindak untuk dapatkan ILMU dari pengalaman kita sendiri

3. COACH

Ejen Hartanah perlu berguru dan ada COACH yang sedia membimbing kita untuk Berjaya

Jika kita tengok pasukan2 yang hebat seperti bola sepak, badminton, hoki dan semua sukan. Pasti pasukan mereka mempunyai COACH yang melatih mereka

Tujuan COACH adalah
✍ Kongsi Pengalaman / Strategi
✍ Guide
✍ Push kita untuk Berjaya

4. POWER TEAM
Sehebat mana pun kita. Jika kita berseorangan pasti kita akan dikalahkan oleh mereka yang bekerja secara berpasukan

Team sangat penting
✍ Untuk jadi check and balance pada kita
✍ Untuk jadi Push factor untuk kita sama2 capai IMPIAN
✍ Untuk kita memastikan kits berada pada landasan yang betul

5. MATLAMAT
Sebagai Ejen Hartanah kita perlu ada perancangan 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan dan seterusnya

Kita bukan nak jadi Ejen Hartanah sampai bila2. Kita nak jadi Biznes Order dan Leader dalam Industri

Perancangan boleh kita capai jika
✍ Kita ada Target
✍ Kita Merancang
✍ Kita Bertindak

Apa pun kita buat. Kita nak redho Allah dan Silaturahim yang boleh bawa kita Berjaya di Dunia dan berpanjangan hingga ke Akhirat

#MisiKitaSama
#SaudagarHartanah

Follow Facebook dan Page https://saudagarhartanah.com

_______

Bagaimana dengan Tip ini? Jika bagus sharw artikel ini dan komen jika anda mahu lebih lanjut.

Admin Ihartanah

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.