Home    2016 Minyak menjunam, Kemenangan Trump dan Sektor Hartanah Global

Ketika saya menulis artikel ini kita tinggal hanya sebulan beberapa hari saja untuk melabuhkan tirai tahun 2016. Rasa sangat sekejap sahaja tahun ini. Mana tidaknya tahun ini saja banyak perkara yang menjadi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada saya dan keluarga saya.

Tahun ini saja telah 3 orang keluarga yang saya kasihi menamatkan zaman bujang serta kami keluarga besar berkumpul anak beranak sanak saudara meraikan ketiga-tiga mempelai. Namun demikian dua majlis besar yang berlangsung pada bulan Ogos dan Oktober tidak dapat saya hadirkan diri dan memeriahkan majlis yang ulung-ulung kali diadakan. Ini adalah atas tugas kerja dan komitmen yang saya perlu berikan pada ketika getir ini di mana ekonomi dunia terutamanya sektor minyak dan gas yang menghadapi saat genting dan tegar.

Harga Minyak Menjunam

Tahun 2016 ini kita menyaksikan di mana harga minyak menjunam ke paras yang lebih rendah daripada USD 30, bezanya pada pertengahan tahun 2014 adalah seperti langit dan bumi. Kemewahan sektor minyak dan gas ini telah hilang dalam sekelip mata sahaja. Inilah roda roda yang berlaku dalam kitaran ekonomi dunia dan juga hukum fizik apa yang naik pasti akan turun. Allah maha besar.

Rata-rata rakan-rakan dan sahabat-sahabat saya ada yang terkesan dengan penurunan harga minyak ini, ada yang diberhentikan dan masih mencari peluang pekerjaan atau sedang memulakan perniagaan. Sektor minyak memang mewah apabila sesebuah syarikat memerlukan perkhidmatan dan skill anda, namun jika tidak diperlukan maka cepat juga di gugurkan dalam organisasi.

Oleh yang demikian, kita walaupun tidak terkesan secara langsung perlu sentiasa beringat dan membuat perancangan serta kerja kuat untuk memastikan kelangsungan kehidupan seperti wang kecemasan serta komitmen bulanan yang ketika ini perlu dapat di selesaikan walaupun tiba tiba kita tiada mata pencarian. Skill pelaburan dan skill meniaga untuk menampung kehidupan perlu di tambah dan di asah untuk mengatasi kegusaran dan kelangsungan kehidupan pada masa hadapan.

Kemenangan Trump

Trump merupakan seorang tycoon bisnes mahupun billionair hartawan hartanah. Pelaburan dan aset hartanahnya terlalu banyak dan paling saya ingat ialah Trump Tower di Manhattan. Saya pernah melihatnya ketika membuat lawatan di New York ketika memberikan Inspiration Talk 2020. Beliau memang sangat digagumi dalam bidang pemilikan aset hartanah dan juga pembangunan hartanah. Mempunyai daya dan skil jual beli serta negosiasi yang tinggi membolehkan beliau memulakan kempen pemilihan presiden US yang ke 45.

Sebagai seorang yang meminati beliau dari segi kebolehan dan keupayaan mengurus sejak beliau muda, saya mulakan kemenangan beliau dengan ucapan ‘Congratulation, President Elect Mr. Trump!’. Namun demikian ada beberapa polisi yang tidak menyenangkan terutamanya yang menyentuh tentang orang islam yang menetap di US. Saya harap anti-islan tidak menjadi realiti kerana mengikut American Dream semua rakyat berbilang bangsa dan agama seharusnya mendapat peluang yang sama dan tiada diksriminasi terhadap warna kulit, bangsa dan agama.

Pun begitu, saya lihat ada juga kebaikan kepada Malaysia di mana kemungkinan TPPA (Tran Pacific Partnership Agreement) akan di gugurkan dalam ‘list things to revoke’ oleh Mr. President Trump. ‘Make America Great Again ‘ mampu menarik kembali soldadu soldadu mereka di negara-negara timur tengah untuk beransur dan mengankat kain putih. Menariknya tentang Mr. Trump, beliau mengatakan wang belanja yang besar untuk peperangan membazir dan sepatutnya di berikan kepada negara Amerika dan rakyatnya. Saya harap ianya menjadi realiti dan kita akan lihat negara timur tengah sekurang-kurangnya akan kurang konflik untuk dalam masa 2 penggal Mr. Trump memegang tampuk kuasa. Harapan besar ini mungkin dapat mengurangkan keraguan dan kerisauan umat islam seantero dunia.

Sektor Hartanah Global

Di saat saya menulis artikel ini matawang US iaitu USD 1 adalah bersamaan dengan Ringgit Malaysia , MYR 4.41. Ini adalah petunjuk kemelesetan ekonomi dan inflasiΒ  akan meningkat di dalam negara. Barang-barang import menjadi mahal berbanding dengan dollar dan diterjemahkan dan perbelanjaan tinggi seharian kita. Pendapatan isi keluarga menjadi mengecil dan tiada pendapatan lebihan untuk menyimpan dan membuat pelaburan.

Di tambah juga dengan penuruan harga minyak dunia, sektor hartanah global di lihat perlahan dan ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah ianya telah berlaku di US, Eropah dan di timur tengan terutamanya Dubai, UAE dan bandar yang sama di Abu Dhabi. Kadar sewa tiada peningkatan sejak 2 tahun dan penjualan hartanah perlahan.

Namun demikian, keadaan disebaliknya akan berlaku di mana akan banyak tawaran di berikan untuk mempromosikan hartanah baru bagi mengerakkan ekonomi yang semakin lembap. Pihak pemaju dan bank akan bekerjasama untuk memberikan penawaran yang baik pada waktu kemelesetan ini. Oleh itu pelabur yang bijak akan bertindak dan membuat transaksi di mana ramai orang takut untuk berbuat demikian.

Sehingga hari ini masih terdapat penawaran pemilikan hartanah berkonsepkan perlaburan hartana tanpa modal yang telah saya ketengahkan sejak tahun 2012. Ya masih! Ini berdasarkan pengalaman saya. Malah di sesetengah negara mereka telah mula membuat penawaran dengan membayar hartanah 1% setiap bulan tanpa perlu bergantung pada pihak bank untuk pembiayaan hartanah. Di dalam masa 100 bulan (12bulan x 8 tahun) anda adalah pemilik 100% hartanah tersebut.

Jadi terus mencari hartanah untuk anda miliki dan untuk anda membuat pelaburan. Tahun 2016 memang sangat mencabar serta kejadian dan insiden yang pelbagai warna dan saya harap pembaca semua teruskan berjuang untuk mencapai dan menggapai impian anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.